Greet ![]() Talking with me! ![]() Credits!
|
Assalamualaikum wr.
Hi, everybody..!!! Wuzzup? Sekian lama aku tak update blog hari ni tetiba muncul mood rajin pulak haha actually aku pun tak tau nak update pasal apa.. Saja je nak merapu teeheehee Sudah hampir setahun berlalu semenjak aku jejakkan kaki kat PIS dan kini bakal naik sem 3!! haha Cepatkan masa berlalu. Kadang-kadang kita tak sedar betapa cepatnya masa berlalu. Betapa banyak masa yang kita sia-siakan semata-mata untuk urusan dunia sahaja sedangkan maut sangat dekat dengan kita. Ada sesetengah manusia di luar sana masih tertanya-tanya apa tujuan mereka hidup di dunia ini. Kadang-kadang bukan kita tak tahu apa tujuan kita hidup dekat dunia ni tapi kita sengaja butakan hati kita. Kita tahu syurga dan neraka tu wujud. Kita tahu setiap dosa yang kita lakukan akan diazab suatu ketika nanti tapi kita masih jugak melakukan perkara yang mendosakan. Semua ini kerana apa? Ini semua kerana kurangnya keyakinan dan kepercayaan kepada Allah SWT. Allah SWT sentiasa ada untuk hamba-hamba-Nya. Tetapi kita sebagai hamba yang selalu lupa kepadaNya. Allah yang mengatur segalanya sama ada baik atau buruk. Walaupun ditimpa perkara buruk mahupun musibah, percayalah, aturan Allah sentiasa cantik. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. |